MGG22/01

 

Kebijaksanaan Monorel

(MGG Monorail Ingeniuity)

 

 

Kerja-kerja menyiapkan monorel Kuala Lumpur sedang dipergiatkan, demikian  laporan Dato’ Seri Ling  Liong Sik. Kerja-kerja yang bermula pada Januari 1997 sepatutnya siap untuk digunakan bagi Sukan Komanwel pada 1998. Ia tergendala kerana krisis kewangan Asia yang datang melanda. Demikianlah  alasan yang Ling mahukan setiap rakyat marhaen mesti percaya. Projek itu diserahkan kepada pengerusi  Berjaya Group Tan Sri Vincent Tan dalam bentuk konsesi untuk membina dan menguruskannya. Beliau gagal segagalnya. Sedangkan ketika dihadiahkan konsesi itu dia diberi pinjaman mudah (soft loan) sebanyak RM300 juta untuk dibayar bila termampu (payable when able). Projek itu tergendala juga sedangkan Sukan Komenwel sudah lama selesai  tanpa menyaksikan landasannya. Kini, dua tahun setengah  kemudiannya, kerja-kerja itu disambung semula dengan Tan Sri Vincent Tan sebagai penerajunya.  Oleh kerana dia sedang sesak nafas kerana hutang sekeliling pinggang, dia telah pun menjual kepentingannya di situ dan keluar lintang pukang. 

 

Kini, Dr. Ling memberitahu projek itu akan siap di akhir tahun ini.  Sebagai umpan dia menyebut harga tambang  di antara RM1.20 hingga RM2.50. Bagaimanakah dia membuat pengumuman itu sedangkan kos  pembinaan  setiap kilometer menjangkau RM100 juta. Tetapi soalan semacam itu tidak boleh dikemukakan dalam Darul boleh.  Projek monorel itu mempunyai  satu beban hutang lagi  sebanyak RM610 juta untuk menyudahkan 8.6 kilometer yang masih berbaki.  Kita diberitahu kos membuat setiap kilometer memerlukan RM100 juga. Ini bererti  satu sistem  yang bernilai RM860 juta memerlukan pinjaman mudah sebanyak RM910 juta. Dengan hutang sebanyak itu sedangkan harga tambang begitu murah, bagaimanakah projek ini memperolehi keuntungannya. Apakah pemegang konsesi dulu tidak sedar bahawa mereka tidak mampu menguruskan projek itu? Apakah ini satu lagi muslihat menipu rakyat marhaen dengan membuat keuntungan dalam kerja-kerja pembinaan, kemudiannya membiarkan rakyat marhaen menangggung bebannya seperti yang berlaku kepada system kenderaan awam?

 

 

Dr. Ling menempelak krisis kewangan Asia pada 1997 dulu sebagai penyebab kegagalan projek ini. Tetapi kenyataannya itu memang tidak benar.  Kerajaan Jepun telah memberikan  pinjaman yang mudah di mana Hitachi adalah kontraktor utama projek itu. Kerja-kerja awal dimulakan tetapi terhenti untuk sementara sedangkan tiang-tiang sudah terpacak di banyak kawasan projek. Hitachi mahu dibayar kerana ‘downtime’ yakni masa yang tergendala bukan disebabkan urusan mereka. Inilah yang tidak dipersetujui oleh Vincent Tan. Hitachi pun menarik diri. Kemudian Sistem Seattle dikaji untuk digunakan di sini. Tetapi dalam hal ini mereka mengenakan syarat untuk  peniaga  yang bertaraf Super Bumiputera itu memenuhinya. Dia gagal memenuhi syarat itu. Di sinilah kebijaksanaan  mengikut acuan Darul boleh pun  muncul. Masalah yang dihadapi dengan system Seattle ada kena mengena dengan masalah yang sama ketika Hitachi menarik diri dulu. Saya percaya ia mempunyai kaitan dengan bekalan koc kerana hanya Hitachi yang mampu membekalkannya.  Kini, KTM berkemungkinan membina koc itu dan kalau betullah perkara ini akan berlaku bererti akan terserlah kebijaksanaan Darul boleh dalam hal ini.   

 

 

Apakah koc yang akan dibina dalam negeri mempunyai unsur yang ekonomik?  Tetapi, apakah penting soalan itu?  Bolehkah koc itu nanti dijual ke luar negara?  Pentingkah perkara itu?  Kenapakah tidak dirundingkan dengan negara lain seperti India  yang mempunyai segala kemudahan yang luas dan pengalaman yang lama dalam pengurusan  system keretapi yang sungguh panjang di dunia?  Berapakah agaknya kos membina koc untuk hanya satu  pusingan sahaja itu?  Kenapa pula saya sebut sekali saja?  Koc-koc monorel mempunyai jangka hayat yang berdekad lamanya. Pembikinannya mesti menyahut kehendak skala ekonomi juga.  Kalau benar kita mempunyai kepakaran untuk membuat koc kenapakah kita masih lagi mengejar koc buatan orang lain? Kenapakah KTM tidak membina koc untuk kegunaannya sendiri dan perkhidmatan  komuter dan untuk orang lain  pula?

 

Selalunya sesebuah negara itu mencari teknologi asing apabila teknologi tempatan tidak mencukupi ataupun belum ada lagi. Dalam hal ini kita membuat perkara yang sebaliknya pula. Kenapa?

 

 

 

-MGG Pillai_

 

 Jawapan kepada soalan MGG terakhir?: Untuk kelentonglah, apa lagi….!!!

 

Terjemahan MT

 

Nota wemaster: Dan mengaut wang yang ada akibat pelaburan itu.